Tuesday, December 7, 2010

KHAS BUAT SAHABAT2qUE

Tahukah anda golongan yang gagal pada peringkat awal kini ramai berjaya dalam hidup dan ada antara mereka menjadi jutawan di negara ini. Begitu juga yang berjaya memasuki IPTA dan IPTS, semua ini bukan jaminan bagi seseorang pelajar itu mendapatkan pekerjaan dengan segulung ijazah selepas tamat pengajian.

Maksudnya, institusi itu hanya berperanan sebagai gedung dan jambatan ilmu dengan memberikan pilihan terbuka kepada pelajar untuk menentukan destinasi mereka yang seterusnya.

Cuba kita bayangkan dalam ribuan graduan terbabit, dapatkah kita jamin semuanya mendapat pekerjaan? Jawapannya hanya ada pada individu sendiri. Jika dilihat daripada sejarah pengangguran di negara ini, masih ramai lepasan graduan mencari pekerjaan kecuali graduan mengikuti kursus perguruan.

Ada juga antara mereka terpaksa menunggu setahun atau lebih sebelum mendapat pekerjaan sesuai. Satu pihak cuba menyalahkan graduan universiti kerana terlalu memilih pekerjaan dan satu pihak lagi, menyalahkan pihak kerajaan dan swasta kerana enggan memberi peluang kepada yang kurang berpengalaman. Namun, sejauh manakah kebenarannya? Jika diselidiki bukan semua jawatan tinggi dalam sektor pekerjaan dipegang individu yang memiliki ijazah. Semuanya bergantung kepada strategi setiap individu dalam mengorak langkah dengan bijak.

Apa yang pasti, pada masa kini, segulung ijazah meningkatkan prestij seseorang itu di mata masyarakat. Mereka juga menjadi kebanggaan keluarga kerana bakal mendapat pekerjaan bagus dengan pulangan lumayan.

Paling penting, kita menjadi seorang yang lebih matang dalam berfikir dan bijak mengatur hidup dengan nikmat diperoleh. Realitinya sekarang, segulung ijazah bukan jaminan mendapat pekerjaan. Ramai juga orang kita mampu pergi lebih jauh tanpa segulung ijazah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts