Tuesday, December 7, 2010

WARKAH terAkhiR

memang mataku sukar lelap.Walaupun embun pagi sudah turun dan malam menjenguk pagi,aku lebih selesa menyelak langsir dan membuka tingkap.Aku biarkan kamarku diserbu angin dingin itu. 
Kujenguk langit.Bintang berkelipan.Bulan masih terang walaupun sudah condong ke barat.Dari tingkap aku bergerak ke meja tulis.Sudah tiga kali aku tarik laci itu dan tiga kali juga aku menatap sampul putih itu. 
Selepas menonton rancangan 'Mentor' yang tidak boleh aku abaikan,aku masuk ke dalam bilik.Beberapa minit kemudian,ibu muncul di kamarku.Wajahnya muram.Jauh berbeza ketika kami sama-sama menonton TV. 
"Ina,"ujarnya lembut dan duduk di katilku.Dia menggamit aku ke sisinya.Aku ke sisi ibu.Ibu mula bersuara."Ibu baru dapat panggilan telefon daripada ayah Asrul."Ibu berhenti.Dia menatap aku dan memelukku. 
"Apahal dengan abang Asrul,bu?"aku mendongak menatap ibu. 
"Asrul tiba-tiba pengsan dan meninggal dunia." Ibu memeluk aku kerana dia tahu aku amat rapat dengan anak pegawai tinggi bank itu.Memang tubuhku bergegar.Aku menangis bagai budak-budak. 
"Kita ziarah pagi-pagi esok,"ujar ibu cuba mententeramkan aku. 
Perkenalan aku dengan Asrul berlaku tanpa dirancang.Kami sama-sama berkelah di pantai Teluk Mak Nik.Dia berkelah dengan rombongan sekolahnya dan aku dengan rombongan sekolah aku. 
Sebaik bersua muka "Awak Emilna kan,juara pidato kelompok dulu?" soalannya mengejutkan aku.Aku tidak boleh berdalih lagi. "Saya Asrul," dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk aku jabat.Dia belajar di tingkatan lima dan aku di tingkatan empat.Sama-sama satu aliran,aliran sains.Sama-sama meminati sains hayat. 
Perkenalan itu akhirnya membuahkan kemesraan.Kami kerap kali berhubung melalui telefon,perbincangan kami lebih tertumpu kepada pelajaran.Asrul sentiasa menasihatkan aku supaya belajar bersungguh-sungguh dan mengharapkan aku akan menjadi seorang doktor. 
"Ina layak menjadi doktor satu hari nanti," katanya ketika bertemu kali ketiga. 
"Asrul apa kurangnya,"balasku.Aku lihat dia gugup.Wajahnya agak pucat sedikit."Nanti Asrul dapat ubatkan orang sakit.Kalau saya sakit,Ina dapat ubatkan."Katanya berseloroh. 
Aku tidak perasan rupanya pada waktu itu dia sudah menghidap penyakit kronik.Dia dan keluarganya merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan aku walaupun aku mula rapat dengannya. 
Dia seorang yang beragama.Kata kawan-kawannya dia tidak pernah tinggalkan solat.Dia juga pernah beberapa kali menasihatkan kau dan adik-adikku supaya cepat-cepat menunaikan solat jika sudah masuk waktu,"Jangan abaikan solat.Solat,kan tiang agama,"katanya mengingatkan kami. 
Pernah pada suatu ketika aku merasakan dia seperti abang aku sendiri.Pergaulannya berhemah.Ayahku memuji tingkah lakunya.Sekiranya dia ke rumah,dia akan membawa buah tangan,selalunya buah epal hijau kerana dia tahu aku suka buah itu.Dia datang dengan skuter pemberian ayahnya kerana kecemerlangan akademik sewaktu dalam tingkatan empat. 
Semasa kami sekeluarga berkunjung ke rumahnya,dia dan ibunya ke pasar.Ayahnya bercerita,sejak dia bertemu dengan aku,semangat belajarnya menjadi lebih rajin.Ibu menjeling aku.Aku pura-pura tidak melihat.Ayah Asrul merenungku.Aku menjajdi kaku dan malu. 
Pagi-pagi lagi aku menziarahi arwah abang Asrul.Aku menahan sebak.Aku lihat ramai kawan-kawan sekolahnya datang.Entah mengapa mereka melihat aku seperti ada apa-apa.Kami berada di rumahnya kiira-kira sejam. 
Selepas tujuh hari kematian abang Asrul,ayah dan ibunya berkunjung ke rumahku.Dia membawa sebuah kotak besar. 
"Asrul minta pak cik serahkan kepada Ina.Ini suratnya.Pak cik tidak tahu kandungannya,"kata ayahnya yang aku bahasakan Pak Cik Maslim. 
Kami membuka isi kotak itu.Alangkah terperanjatnya aku kerana di dalamnya berisi segala buku tambahan mata pelajaran tingkatan lima.Kami terpinga-pinga. 
"Harta pusaka ini kena hayati sepenuhnya,"bisik ayahku. 
"Insya-Allah!"balasku. 
Surat tersebut aku simpan.Ini kali keempat aku membacanya. 


Assalamualaikum... 
Adik Ina pada saat surat ini diberi ,abang sudah dikebumikan orang.Abang sudah meninggalkan dunia ini selama-lamanya.Sebenarnya sudah lama abang menghidap penyakit barah.Cuma kepada Ina abang rahsiakan.Semenjak abang bertemu Ina ,perasaan dan jiwa abang kembali kembang seperti akan hidup puluhan tahun lagi.Tetapi takdir tidak dapat ditahan.Cuma abang ingin berpesan,jangan cuai belajar.Capailah cita-cita besar Ina,iaitu menjadi seorang doktor yang cemerlang.Jangan toleh ke belakang.Oleh itu,abang sumbangkan sedikit buku-buku yang ada pada abang.Abang ucapkan selamat berjaya. 
Asrul..... 

Aku memasukkan kembali surat itu,aku dakap seerat-eratnya.Aku berjanji pada diriku,pesan abang Asrul akan dijadikan penawar untuk masa depan aku.M

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts