Bila fikiranmu mula buntu
jangan segan mahupun malu
untuk bertanya kepada yang lebih tahu
kerana sesungguhnya sifat malu itu
akan membuatmu semakin tidak tentu
jadi
persetankan semua itu
bila jiwamu mula bercelaru
jangan dibiarkan ianya terus begitu
tapi carilah kawan yang setia membantu
untuk terus memimpinmu menuju destinasi yang ingin kau tuju
jadi
persetankan semua itu
andai suatu masa dirimu jatuh
bangkitlah semula dan teruskan perjalananmu
tanpa berfikir panjang akan sebab kenapa engkau jatuh
sebaliknya tanamkan semangat yang tinggi dalam dirimu
meskipun engkau tahu perjalananmu masih jauh
jadi
persetankan semua itu
dan bila saat dirimu sudah teguh
di persada impian yang selama ini engkau tunggu
janganlah lupa untuk mensyukuri segala keberadaanmu
hasil segala dari titik peluh usaha akan dirimu itu
bermula dariNya tuhan yang satu
No comments:
Post a Comment